Thursday, September 3, 2009

selembar kemaafan..


maafkan ak sayang
tika aku tak mampu melayani kerenahmu
dan kamu sentiasa ada disampingku

maafkan aku cinta
ketika aku buntu dan pergi untuk sementara
kamu sentiasa menunggu datangnya aku

maafkan aku rindu
ketika aku tak selalu ada bila kamu memerlukanku
dan kamu pula selalu ada untuk ku

maafkan ak kasih
ketika aku tak meredakan marahmu
dan kamu pula sentiasa sabar menahan marahku

maafkan aku sayang
jika aku selalu menyakitkan hatimu
dan kamu pula selalu manyenangkan hatiku

maafkan aku cinta
jika aku selalu membuatmu merasa sedih
sementara kau sentiasa cuba menggembirakan ku

dan maafkan aku
kerana tak cukup sempurna untuk mu
dan tika aku tak menjaga hatimu
juga bila aku selalu membuatmu menangis

tapi aku berjanji wahai cintaku
hatiku hanyalah untuk mu
dan cintaku tiada untuk gadis lain selain mu
sayangku hanya satu untukmu
rinduku selalu kepadamu
dan kasihku hanyalah milikmu
maafkan ak sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...