Wednesday, February 23, 2011

budak tak matang



apsal ko bia die terus sakitkan ati ko?
die xsakitkan hati ak lah!
ok, apsal ko bia keadaan terus cani? [ngek, ayat pun kene tuka!]
mgkin ak nak ajar diri benci die..
gud! so ko benci die?
x, ak lg nmpk kesempurnaan die.. haha
kau bodoh!
ok, ak bodoh.

we come to love not by finding a perfect person,
but by learning to see an imperfect person
perfectly~

notabukulali : korang xyah komen entri2 sampah mcm ni. ak xkan publish. kalau faham, diam. xfaham, jgn kecoh. ok, emosi. ini xde kaitan dgn yg hidup. cume tong sampah ak je.

Tuesday, February 22, 2011

jalan



indahnya angan-angan
pahitnya kebenaran
kau pilih mana?

sakitnya mencintai
peritnya dibenci
kau mahu mana?

memiliki kepalsuan hari ini
menunggu kebahgiaan bertahun nanti
kau pilih mana?

putih cinta itu
buat aku terlupa derita si hitam
andai hati punya ruang
izin ku tebus dosa semalam
agar hidup 
terus bersama dicorakan

Sunday, February 20, 2011

dia dan cinta nya


Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

selanjutnye, di sini.


Namun ingatlah. Rasa cinta itu hanya pinjaman dari Yang Esa. Jika Dia berkehendak menariknya, tiada yang dapat menafikan. Maka binalah cintamu atas rasa cinta padaNya. Moga cinta itu mekar kau bawa hingga ke syurga.. =)
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...